SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, January 15, 2012

MENGGILAP KEPIMPINAN GENERASI MUDA DI SEKOLAH (EXERCISING AUTHORITY IN SCHOOL)

Antara petunjuk kejayaan proses pembelajaran di sekolah ialah keupayaan murid untuk berdikari. Murid mampu menggunakan autonomi diri dan mengurangkan kebergantungan kepada orang lain apabila wujud keperluan untuk membuat keputusan dan melaksanakan sesuatu tindakan. Autonomi yang digunakan pula seharusnya dipandu oleh sejumlah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul tentang kepimpinan.

Masyarakat sekolah ialah bayangan kepada masyarakat luas. Maka, salah satu disiplin kajian tentang sekolah ialah sosiologi pendidikan. Terdapat analisis dan perincian tentang susun lapis sosial di sekolah merangkumi kepimpinan, kelompok rujukan, tingkah laku lencongan dan sebagainya.

Secara am, kepimpinan merujuk kepada kebolehan mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat organisasi. Maka, sekolah sebagai sebuah organisasi yang memupuk pembelajaran perlu menetapkan fokus bahawa kepimpinan akan menyumbang terhadap pencapaian pembelajaran. Selain aktiviti bilik darjah yang menjadi komponen teras kurikulum rasmi, terdapat pula pelbagai ragam pembelajaran tidak rasmi yang disebut sebagai kurikulum tersembunyi.

Dalam usaha memastikan bahawa proses pembelajaran dapat berjalan seperti yang dirancang, perlu ada kawalan sosial supaya persekitaran pembelajaran yang dikehendaki berlaku. Kod tingkah laku tertentu juga dikawal menerusi sekatan tertentu (isbat sosial, social sanction). Sekatan tidak semestinya berbentuk hukuman fizikal atau denda, tetapi lebih berbentuk penolakan terhadap tingkah laku yang tidak wajar dan tidak dibenarkan berlaku di dalam kawasan sekolah.

Namun, pengamatan psikologi menunjukkan bahawa terlalu sukar untuk seseorang individu mewujudkan kawalan kendiri secara tuntas tanpa bantuan orang lain. Di dalam diri mereka sendiri akan berlaku pertentangan antara daya tarikan kebaikan dan hasutan kejahatan, atau dalam pendekatan psikoanalisis disebut eros (kecintaan untuk hidup dan menyumbang) dan tanathos (ketakutan untuk mati). Kata orang tabligh, kita tidak akan tahu bahawa rumah kita senget jika kita hanya duduk di dalam rumah, atau tidak diberitahu oleh orang di luar rumah.

Di sekolah, kawalan sosial dibuat menerusi peraturan disiplin yang dikuatkuasakan berdasarkan akta pendidikan, pekeliling dan keputusan pentadbiran sekolah. Secara teori, dalam sesebuah masyarakat dan organisasi dianggarkan bahawa terdapat 5 peratus anggota akan cenderung untuk terbabit dalam salah laku. Kelompok pinggiran itu membawa pengaruh buruk dan menjejaskan organisasi jika tidak dikenakan isbat sosial yang berkesan.

bersambung...

No comments: