SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 16, 2012

'MASALAH SATIAH" BAB 4 NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUKMU (DEEP CONCERN)

Pengarang novel:  Rohani Deraman
Muka surat rujukan:  21 - 30

Watak utama / protagonis:  "Aku" / Hartini / Tini (pencerita / sudut pandangan orang pertama)

Watak lain:  Satiah / kawan sekelas Tini / murid orang Asli / pesakit barah
                :  papa / ayah Tini / Hasrul / pegawai pertanian
                :  mama / ibu Tini / Sarah / suri rumah
                :  Pak Morit / bapa Satiah / orang kuat persatuan petani
                :  Ambok, Ineng, Sinda / rakan sekelas Tini
                :  Aton / murid tingkatan 1 / jiran Satiah
                :  Ali Sintok / ketua kelas 3 Teratai
                :  Cikgu Malik / guru kelas Tini
                :  Mak Sukin / ibu Satiah

Latar tempat:  rumah Tini (ketika makan malam)
                   :  SMK Kuala Batu, Jerantut / bilik darjah 3 Cempaka
                   :  bilik guru (Tini mencari Cikgu Malik)
               
Latar masa:  sesi persekolahan pagi
                 :  malam

Ringkasan bab


Tini berharap bahawa papa akan berbuat sesuatu untuk membantu Satiah. Ketika malam malam, mama memberitahu hal itu kepada papa, tetapi papa hanya mengangguk. Tini salah sangka papa tidak mengambil berat, walhal sambil papa menikmati masakan mama, papa berfikir sekali gus. Papa memberi jaminan dia akan menziarahi pak Morit atas urusan kerja sebagai pegawai pertanian. Pak Morit petani aktif, tetapi mungkin ada perkara yang mengganggu fikirannya. Esoknya, Satiah tidak datang ke sekolah. Aton memberitahu Satiah demam. Sementara itu, Sinda masih ragu dengan rancangan papa Tini, namun Tini memberikan keyakinan. Petangnya, papa memberitahu Tini bahawa Satiah dirawat dengan ramuan ubat tradisional sahaja. Perubatan moden belum dipercayai. papa mengatakan bahawa mereka tidak boleh tergesa-gesa dalam memujuk orang keras hati, sebaliknya mesti menunjukkan rasa hormat dahulu. 

Dua hari Satiah tidak hadir, Tini menyampaikan pesanan melalui Aton. Kemudian, Ali Sintok memaklumkan Cikgu Malik mencari Tini. Rupa-rupanya Cikgu Malik mahu melantik sebagai ketua kelab komputer yang akan ditubuhkan, memandangkan dia mempunyai asas mengendalikan komputer berbanding murid lain yang langsung tidak pernah melihatnya. Akhirnya Tini akur. Tini boleh meminta bantuan Along dan Angah, dan papa hendak menghantar Tini belajar komputer semasa cuti PMR. Papa menyuntik semangat dan keyakinan Tini supaya tidak mudah mengalah. Mama juga menyokong. 

Papa menceritakan punca sikap dingin Pak Morit. Kakak Satiah pernah belajar hingga tingkatan 5 di Jerantut dan kemudian bekerja di sana tanpa halangan. Malangnya, anaknya itu disahkan menghidap Aids keranan terbabit dengan najis dadah. Anaknya mendapat pangkat 2 dalam SPM, tetapi tidak sempat melihat keputusan kerana telah meninggal dunia. Pak Morit bimbang Satiah mengalami nasib yang sama jika dibiarkan berkawan. Namun, papa berjaya memujuk pak Morit untuk membenarkan Satiah belajar bersama Tini. Mama pula bersetuju untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat...

Perwatakan:  peka / prihatin (Tini, mama, papa, Aton, Cikgu Malik), trauma (Pak Morit), bijak (papa), penyayang (mama) 

Latar masyarakat:  masyarakat murid sekolah
                             masyarakat orang Asli
                             masyarakat yang peka / prihatin
                             masyarakat yang trauma
                             masyarakat yang penyayang

Nilai murni:  kepekaan / keprihatinan, kebijaksanaan, kasih sayang

Persoalan:  kepekaan / keprihatinan terhadap sahabat, trauma terhadap pengalaman lalu, kasih sayang sesama insan

Pengajaran:  kita hendaklah peka / prihatin terhadap sahabat
                   kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan masalah / membuat keputusan / merancang tindakan

kbkk:  unsur suspens (papa seolah-olah tidak ambil serius, hasil usaha papa memujuk Pak Morit, sokongan mama)

No comments: