SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 4, 2012

CIKGU SHAHRUZ, 3 MURID SMI SERTAI JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA (WORLD SCOUT IN TERENGGANU)

Sekali lagi guru dan murid SMK St. Michael, Ipoh membawa nama sekolah, negeri dan negara dalam aktiviti peringkat antarabangsa. Cikgu Shahruzzaman menyertai jambori pengakap dunia di Kuala Terengganu atas kapasiti sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, manakala 3 orang murid lain terpilih mewakili negeri Perak Darul Ridzuan. Peluang interaksi dengan semua wakil pemimpin dan anggota kanan pergerakan pengakap dari serata dunia memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada wakil-wakil SMI yang berkenaan.
Cikgu Shahruz bersama pengakap Nepal

Perhimpunan besar-besaran di peringkat antarabangsa membuktikan bahawa pergerakan pengakap memiliki jaringan dan rangkaian komunikasi secara selaras di semua negara anggota pertubuhan pengakap sedunia. Kader-kader pengakap mula aktif sejak di bangku sekolah rendah, kemudian dilanjutkan hingga ke peringkat pengajian tinggi dan alam pekerjaan. Maka, kegiatan pengakap terbahagi kepada pelbagai peringkat umur dan pangkat.
Cikgu Shahruz bersama pengakap Indonesia

bersambung...

No comments: