SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 19, 2012

BAHASA MELAYU STPM: ALIH BENTUK TEKS (REWRITING MESSAGES)

Konsep:

Mengubah bentuk sesuatu petikan / carta kepada prosa biasa / moden tanpa menjejaskan kandungan asal. Gaya, laras dan struktur bahasa yang diperbaharui haruslah menjelaskan maksud teks yang asal.

Petikan asal yang berkemungkinan:

1 genre puisi: sajak, syair, STPM 2009, 2010

2 prosa klasik: petikan hikayat lama, STPM 2008

3 prosa moden / karya kreatif: cerpen, drama, novel

4 lembaran iklan: STPM 2006, 2009, 2011

5 memorandum

6 dokumen undang-undang: STPM 2008

7 cakap ajuk cakap pindah (dialog kepada laporan): STPM 2005, 2006, 2007 (2), 2010, 2011


Kaedah mengalih bentuk petikan 1,2,3:

1 Kenal pasti maksud / mesej / jalan cerita

2 Selami unsur emosi (perasaan) / pengalaman

3 Tulis semula mengikut tertib idea dengan laras bahasa biasa


Kaedah mengalih bentuk prosa klasik:

1 Kenal pasti kisah / naratif / jalan cerita

2 Buat padanan istilah lama dengan kosa kata moden

3 Ketepikan unsur ulangan


Kaedah mengalih bentuk iklan:

1 Kenal pasti mesej pengiklan

2 Perhatikan penggunaan cogan kata, moto, retorik dan bahas “luar biasa”

3 Tulis semula semua butiran penting


Kaedah mengalih bentuk dokumen undang-undang:

1 Catat semua isi tanpa cicir.

2 Buat padanan laras bahasa teknikal yang kaku itu

3 Tetapkan kesinambungan idea / isi


Kaedah mengalih bentuk cakap ajuk cakap pindah:

1

2

3

bersambung...

No comments: